Thursday 30 June 2016

Wanita Ini Diceraikan Kerana Kerap Meminta Suami Nafkah Batin Setiap 2 Jam !

Tak sanggup memuaskan hasrat isteri, leman 36 tahun memilih untuk menceraikan isterinya Qaren 30 tahun yang baru di nikahinya setahun lalu.

Qaren di ketahui memiliki penyakit Hiperseks selalu meminta di setubuhi sekali dalam 30 minit.manakala leman terpaksa meminum obat kuat untuk memenuhi kebutuhan isterinya selama pernikahan mereka.

Akan tetapi lama kelamaan leman mulai merasa kesal kerana isterinya kerap mengancam akan berlaku curang jika leman tidak sanggup melayaninya lagi.
“Isteri saya tidak pernah puas, 30 minit minta lagi, 30 minit minta lagi. Begitu selanjutnya sampai pagi,” kata leman di sela-sela talak cerainya di Makamah Agama islam 29.06.2016

Leman dapat tahu bahawa isterinya tergolong wanita hiperseks dan juga hal itu diketahui sebagai penyebab perceraian isterinya yang kelima kepada suami sebelum ini.

Semenjak menikah pasangan ini difahamkan tidak memiliki masalah dari segi duit, hanya masalah di ranjang saja” ujar leman dengan nada lembut.

Leman mengaku pada awalnya ia masih boleh memenuhi kehendak batin isterinya yang di bantu dengan ubat kuat, akan tetapi lama kelamaan kesihatan leman semakin menurun kerana pengaruh ubat kuat yang dia amalkan, semenjak dari pada itu Qaren semakin tidak berpuas hati dan mengugut akan berlaku curang.

“Saya sebagai suami merasa tidak dihargai dan dihormati kerana isteri sering mengugut untuk berlaku curang”kata leman.

e-berita.org


Orang Korea Sendiri Dedah Maggie Ini Haram ! Orang Malaysia Pasti Akan Muntah Lepas Tengok Bukti Ni !

Moga status ini memberi maklumat kepada semua penggemar2 maggi ramyeon yang baru2 ni di viralkan...

"Paste" Megi ini disahkan menggunakan mesin yang sama untuk penyediaan "paste" berkaitan sebarang produk "pork".

Untuk makluman, saya telah membuat semakan produk ini melalui konsultan halal di korea, Mr. Kim Edward. Produk ini telah menggunakan mesin yang sama bagi penyediaan "paste" berunsurkan "pork".

Melihat pula kepada bahan2 paste megi ramyeon chicken mania ini, tiada sebarang "pork" didalamnya. Namun demikian, ISU SYUBHAH telah timbul disini kerana mesin yang digunakan adalah mesin yang sama dengan penyediaan "paste" berunsurkan "pork".

Logo Halal Korea yang dikeluarkan oleh KMF, adalah diragui.

Mohon sebarkan... isu kemashalatan Islam semakin membimbangkan.

ps : saya mohon maaf jika ada kesilapan pada maklumat ini. saya sertakan bukti perbualan saya bersama Konsultan Halal Korea untuk makluman.


Al-Fatihah Redza Rosli Pelakon Popular Tanah Air Terlibat Dalam Kemalangan

Kuala Lumpur: Pelakon Redza Rosli, 23, luka di bahagian muka, tangan dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, dekat Ipoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, kereta dipandu Redza rosak teruk selepas terbabas ke bahagian kiri lebuh raya.

Redza ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia memandu dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam berhampiran terowong berkenaan.

"Kejadian berlaku terlalu pantas sebelum kereta saya terbabas.Saya mengalami luka di bahagian muka, tangan dan kaki manakala kereta pula rosak teruk,” katanya.

Menurut Redza, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Perlis selepas selesai menjalani penggambaran drama Kak Mar.

Turut berada di tempat kejadian ialah pelakon Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim yang berkonvoi bersama pelakon itu.

Redza yang popular dalam drama bersiri MAID kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kangsar.


Cara Genius Lelaki Ini Macam Mana Nak 'Layan' Isteri Buat Keputusan Ketika Bershopping Dikongsi Lebih Dari 11,000 Kali

Di musim perayaan ini, para suami tidak boleh lari lagi dari menemani isteri masing-masing membeli barangan raya.

Setiap kali menemani isteri, sudah tentu si isteri akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan dan ia adalah 'nightmare' untuk setiap lelaki.

Namun, kini anda mungkin boleh 'memotong' masa menemani isteri anda shopping jika anda mengikuti tips yang genius dari seorang pengguna Facbeook ini.

Tips tersebut dikongsi oleh Lutfi Lokman di Facebook dan mendapat lebih dari 11,000 perkongsian.

Jom ikuti perkongsian dari beliau.

Tengahari tadi melayani isteri yang ingin membeli kasut di sebuah pasaraya di Gurney, Penang.
Saya mengambil inisiatif menjaga anak-anak sementara beliau pergi membeli kasut raya bagi menggantikan kasutnya yang sudah rosak. Maklumlah dah lama sibuk. Masa ni lah nak bagi peluang buat isteri.

"Teettt.." Mesej Whatsapp masuk.

Sekeping gambar di dalamnya ada 2 pasang kasut. Sebelah kasut asal beliau pun masuk dalam frame juga.

Saya sudah tahu jawapan. Tapi saya tidak terus menjawab. Cuma perhati apa soalannya.

"Yang mana cantik dan sesuai dengan saya ya?" tu dia soalan mai maut punya.

Saya tarik nafas dan mula menaip.

"Hmm.. Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak," ujar saya yang bersedia.

"Ok! Thanks," padat dan tak sampai 10 minit dia keluar dengan memakai kasut baharunya sambil tersenyum.

Tangan pun tak sempat lenguh dukung kembar lagi. Amacam?

Saya sangat berterima kasih pada siapa entah yang bagi tips supaya kau jangan jawab pendek sangat bila isteri tanya. Jawab seolah-olah kau berfikir walau hakikatnya otak kau tepu.

Cuba kita jawab "Mana-mana je,"

Mau lagi 4 jam dia keluar. Itupun kalau jumpa jalan yang benar dan tak lalu poster sale 70%.

ikhlas,
Lutfi Lokman
‪#‎mutalis‬ beristeri 1.
Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

- Diolah semla untuk paparan di Siakapkeli.my


'Hari Mulia Ini, Abg Ceraikan Awak Talak Satu' Isteri Rebah Sakit.Akhirnya Keseorangan di Hospital Pd Pagi Raya

Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang.

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat?

Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label,
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini.

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya.

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu.
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan.
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang.
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.

Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman.
Hatinya bersenandung lemah.

"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."

Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.



Viral..Budak Perempuan Menghina Lelaki Kerja Kilang! Terima Balasan Apabila Dikerjakan Lelaki Lain !

Silap besar gadis ini, memuat naik status sebegitu dan check in lokasi semasa status di update di FB. Beberapa lelaki yang berang dengan status tersebut telah bergegas ke lokasi check in gadis itu dan membuatkan beliau menyesal seumur hidup !
Dulu sudah ‘viral‘ dengan isu seorang ‘cikgu’ wanita yang memperlekeh kaum adam yang tidak bergaji besar di laman sosial, sekarang muncul pula seorang perempuan menghina lelaki yang berkerja kilang.

Macam-macam hal, dah tahu laman sosial itu merupakan medan sesuatu benda untuk menjadi ‘viral’ atau terkenal, lagi mahu mengeluarkan ‘statement’ panas lagi menyirapkan kaum lelaki.

Menggunakan nama ‘Awan Dania’ di laman sosialnya, perempuan itu telah mengeluarkan kenyataan panas yang menyatakan lelaki yang bekerja di kilang merupakan golongan ‘low-class.‘ 

(BACA: HANGAT SEKALI… Kilafairy Suka Kongsi Gambar Melentik Dan Punggung Sendiri?)
Budak perempuan itu turut mendakwa hanya golongan terencat sahaja yang kerja di kilang dan tidak layak untuk dirinya.
Agaknya dia tak tahu dan tak terfikir mungkin yang lelaki-lelaki kerja dalam semua jenis kilang itu kebanyakannya bos, manager, supervisor, dan banyak lagi jawatan-jawatan tinggi. 

Yang ada dalam kepala gadis berfikiran sempit ini hanya kuli agaknya, kuli pun satu pekerjaan yang mulia jika ada yang tak tahu. 

Sudah-sudahlah memperlekeh punca rezeki orang atau menghina pangkat darjat seseorang tak kisahlah lelaki mahupun perempuan, akhirnya nanti kita semua sama sahaja di sisi tuhan. 

Kepada gadis-gadis yang tak mahu ‘dingorat’ dengan abang-abang kilang tu, pergilah cari kerja kat tempat lain, jangan ada yang kerja kilang juga. 

-MYNEWSHUB.CC