Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, 28 July 2016

[4 Foto] Berhati-hati Membeli Kasut Di Al-Ikhsan, Jangan Beli Sebab Murah. Lihat Ini

Ini gambar kasut saya yang baru dibeli di Al-Ikhsan. Walaupun rupa macam kasut budak sekolah tetapi diri ini telah tertarik ketika pertama kali memandangnya. Gelora untuk membeli berjaya ditahan sehingga aku kembali menyambung tugas di Melaka.
Kali pertama menyarungkan kaki dengan jenama New Balance. Belum pernah pakai lagi sebelum ni. Memang selesa dan rasa berbaloi untuk dijadikan belian.
Sebelum aku perasan ada ketidaksempurnaan pada kasut tersebut. Tersangat hampa bila perasan dua lubang paling atas kasut belah kiri tidak ditebuk seperti sepatutnya. Jadi, persoalan kenapa tali kasut sebelah kiri lebih panjang apabila diikat terjawab. Takpe, esok boleh bawak tukar dengan yang lain.

Malang berganda sebab saiz yang sama sudah tiada. Aku cadangkan untuk dapatkan penggantinya dari cawangan lain yang tidak jauh dari lokasi kasut ini dibeli. Tak boleh! menjadi jawapan sebab memang begitu sistem yang diterapkan dalam semua rangkaian jualan Al-Ikhsan, katanya. Berkeras aku nak kasut macam tu jugak sebab memang dah berkenan sangat masa tu tapi apakan daya, muka tak hensem, ayat pun sudah tentu tak power. Rundingan berpihak kepada pihak penjual.
Dipendekkan cerita, aku kena tukar kasut lain yang sama atau lebih tinggi harganya. Terpaksa angkat PUMA Usain Bolt walaupun kena tambah duit lagi. Keselesaan kasut ini bagi aku masih belum berjaya menandingi New Balance yang dibeli sebelum ni. Entah, tak rasmi pakai pun lagi walaupun dekat dua minggu dah beli.

Sebelum perkara sama berulang, eloklah diteliti dulu kasut atau barangan lain yang hendak dibeli. Aku tak perasan cacat cela kasut tu sebab display yang aku cuba elok je. Silap aku gak tak cek perabis sebelum berangkat pulang. Nasib baik dekat dengan kediaman. Senang kerja...tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku.


Wednesday, 20 July 2016

Wanita Kuat Bersetubuh Akan Kelihatan Lebih Cantik Dan Menarik

Dikatakan hubungan seksual mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Aktiviti keintiman yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.

Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan intim yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.

Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan intim, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.

Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan intim dilakukan.

Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seksual setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.


Tuesday, 19 July 2016

Beza apabila menantu wanita tinggal bersama mertua Dan menantu lelaki tinggal bersama mertua

Beza apabila menantu wanita tggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua
1. walaupun tinggal sebumbung, kebanyakan suami lebih kurang berinteraksi dgn mertua kerana mereka keluar bekerja dan hanya berjumpa waktu malam sahaja.. (Borak ngan wife pun kurang,apatah lg ngan mertua ye dak.) this is good actually sbb boleh mengelakkan "drama" tidak berbayar..

2. Menantu perempuan lebih2 lagi yg fully housewife sebaliknya lebih kerap berinteraksi dengan mertua mereka.. Dari sudut baik,ia mampu lebih merapatkan hubungan menantu-mertua dan dari sudut negatifnya,biasalah menantu boleh bau busuk mertua dan mertua boleh hidu hapak si menantu.. So walau x banyak,pasti akn ada drama..(noted that perempuan (menantu&mertua) akan fikir benda2 mcm ni lama berbeza dgn lelaki yg prefer utk x amik pusing.jgn tny knapa prmpuan mcm tu,dh mmg Allah buat dia lebih sensitif gitu.cuma rasional or x je yg menentukan tindakan mereka.)

3. Menantu perempuan,wpun mereka keluar bekerja,mereka masih perlu memenuhi 'expectation' masyarakat (ibu mertua juga sebahagian dari masyarakat) untuk melakukan kerja2 rumah. Tidak dinafikan bahawa ada ketikanya menantu wanita gagal memenuhi expectation ini which is in return boleh menjadi punca ketidakpuasan hati dari pihak keluarga mahupun mertua itu sendiri. (Cubalah suruh husband wat kerja umah skali skala,msti mak mertua akn ingt part tu..part ko wat krja byk2,akan berlalu seperti angin lalu jek.. X semua mertua la tapinya.)

4. Menantu lelaki yg tggal bersama mertua x perlu pening fikir soal aurat dan keselesaan diri.. Xnak berbaju,nak pakai short,nak terbongkang depan tv,kuar toilet nak pakai towel sahaja,ikut hangpa laa..now,cuba letakkan menantu perempuan,soal aurat perlu dijaga kalau x sama2 lah keneraka nanti ye(nauzubillah..)..tak dinafikan ade menantu perempuan gagal jaga bab ni.yeala, kalau dah ade ipar duai kat rumah tinggal sekali,haa,bertutup litup lah hai hatta dalam umah sendiri..baju lengan panjang,tudung ttup dada..kalau xde ipar yg tggal skali ok la,tp klu ade yang tinggal bersama sebulan dua,setaun dua tu,x ke kesian kat wife hang..hang duk terkangkang xpe,wife kena jaga itu ini sedangkan sepatutnya si isteri itu yg lebih memerlukan tempat yg lebih bebas setelah bertutup litup di luar rumah.n cuba la menantu perempuan terbongkang depan tv,paling baik pun akan dicop sebagai x senonoh. Mungkin ada mertua yg x kisah dengan perlakuan seperti ini, tapi agak2 selesa ke seorg isteri nak baring berehat teman anak main sedangkan mereka tau itu adalah tempat tumpuan or laluan bapa mertua mereka/ ipar duai mereka. I xtau org lain,but for me perasaan dia macam diratah.. Huhuhu..

5. Bila dah berkahwin,lelaki,please expect perempuan utk memiliki banyak barang2 personal mereka.handbags,boxes of shoes,baju,tudung..nak tau ape yg berlaku bila tinggal bersama mertua mereka? Mereka akan selagi boleh letak dan simpan semua barang2 ni dalam bilik yg mereka dduk sahaja.bukan barang dorg jek,barang sang suami pun mereka akan cari ruang untuk simpan dalam bilik mereka.jadi jangan pening pulak ye bila tengok bilik penuh sepenuh2 nya..bukan apa,kebanyakan wanita normal memang x selesa nak simpan dekat bilik2 lain yang ada di rumah mertua mereka. Bagi lelaki yg tggal bersama mertua pulak, kerana mereka ni makhluk yg simple,jadi pemikiran mereka jugak lebih simple,"nah,ayang,tolong simpankan beg/baju/kasut/songkok abg ni."simple kan,suh je bini yg simpankan..jadi wanita ni asbab tinggal di rumah parents sendiri,mereka lebih arif tentang ruang penyimpanan yg kondusif dan selamat.kadang2 baju dorg pun dorg akan tumpang letak dlm closet mak/bapak/akak/abg/adik mereka..

Inilah antara bezanya situasi menantu perempuan tinggal bersama mertua & menantu lelaki tinggal bersama mertua.kerana itu kalau dilihat pada page2 yg berkaitan rumah tangga,lebih ramai wanita yg mengadu tentang masalah dengan mertua.lelaki jugak ade but saaaaangat kurang. Jadi, kalau mahukan rumahtangga yg harmoni,lebih baik elakkan drama..apa,nampak ok? Haih bang,xkan nak tunggu drama tu berlaku..once it happened,ingat senang ke nak baikkan semula..ingatlah,menantu itu org yg berpuluh tahun hdup dimanjakan ibu ayah mereka tapi sanggup tinggalkan parents demi menjaga dan menemani anak lelaki kita.dan menantu,ingatlah mertua itu yg melahirkan dan mmbesarkan suami kita tup tup kena tanggung kita.
mertua: anda pernah jadi menantu
Menantu: anda bakal jadi mertua

Lastly,tak semua mertua itu zalim,dan x semua menantu itu hantu.


Kredit : Wan Nur Syahidah


Monday, 18 July 2016

Brader, Fikir Dua Kali Sebelum Beli Rokok Murah Selepas Ini

Lumrah manusia, kat dalam dunia kalau boleh semua benda kalau boleh nak beli dengan harga murah. Sedangkan member-member buat business yang dah bagi anda harga murah pun masih nak minta murah lagi. Perkara ini boleh dikaitkan dengan perokok tegar di Malaysia ni.

Harga Rokok makin lama makin naik. Komplen tetap komplen tetapi nak tak nak kena la beli juga. Nak berhenti susah.. Boleh jatuh sakit beb kalau tiba-tiba berhenti macam tu je. Hehe. Tapi bagi anda perokok tegar di luar sana tu jangan lah ambil langkah mudah untuk beli rokok seludup. Betul, memang harga murah tetapi ini apa yang akan dapat jika anda menyumbang duit anda untuk beli rokok-rokok seludup tu.

Baru-baru ini trending di laman sosial apabila sebuah surat khabar tempatan melaporkan sebuah lori usung rokok seludup. Tapi apa yang buatkan berita ini jadi perbualan hangat orang ramai? Haa, ia sebab lori yang usung rokok tu menggunakan lori babi. Alamak, geli geleman pulak bila tahu pasal benda tu. Mesti perokok di luar sana macam nak termuntah kan?



Untuk pengetahuan anda, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis.

Dalam Islam jelas menggariskan pengharaman babi yang diletakkan kategori najis paling berat iaitu mughallazah dan jika terdapat sindiket rokok seludup yang menggunakan penggunaan lori najis untuk membawanya, dibimbangi kotak serta bahan dalamnya tercemar.

Ini kerana terdapat kemungkinan besar kotak rokok itu bersentuhan dengan bekas atau babi itu sendiri dan jika bersentuhan, hukum rokok itu turut haram kerana sudah dicemari dengan najis.

Jika tercemar, rokok berkenaan turut dikelaskan dalam kategori najis dan haram untuk mengambilnya.

Sebenarnya banyak implikasi negatif yang akan terjadi kepada siapa yang beli rokok seludup ni. Jadi jangan disebabkan ia harga murah, anda yakin produk dengan apa yang anda beli tu. Anda juga perlu ingat bahawa tak semua harga murah boleh mendatangkan kebaikan untuk anda.
Mengandungi bahan kimia yang bahaya

Bezanya rokok seludup dengan rokok yang mahal adalah dari segi quality control. Kebanyakan rokok murah seperti John, Canyon, Luffman, U2 dan Saat mempunyai quality control yang terhad serta kilang pembuatan rokok tidak besar seperti rokok mahal. Bah kan, menurut beberapa laporan yang sahih mengatakan rokok John dibawa oleh kumpulan kongsi gelap.
Bahan kimia serta bahan-bahan digunakan untuk membuat rokok juga lain. Oleh kerana itu, rokok seludup akan boleh mengundang lebih bahaya daripada rokok mahal. Kajian mendapati bahawa bahan kimia yang digunakan pada satu batang rokok mengandungi sebanyak 3 kali ganda dari rokok yang sah. Untuk pengetahuan anda, bahan tar dibenarkan dalam satu batang rokok adalah 15mg sahaja. Tetapi rokok seludup mempunyai sebanyak 45mg.
Boleh kena denda, tak berbaloi
Anda juga boleh dikenakan denda dan berdepan hukuman penjara jika terlibat dengan aktiviti pengjualan rokok haram ni. Jangan sebab harga murah anda sanggup menggadaikan nyawa anda sendiri sebab anda sendiri pun tidak tahu tahap kebersihan rokok seludup tersebut. Kalau nak beli, beli lah dengan saluran yang betul.
Nak tahu sebab apa rokok murah yang anda beli tu masuk angin?
Mesti ada perokok bila beli rokok seludup ni rasanya tak sedap, masuk angin. Bila hisap pun rasa ingin je. Ini sebab kebanyakan penjual rokok seludup bawa masuk rokok-rokok yang sudah lama. Anda sendiri pun tidak tahu bila rokok tu dibuat. Mungkin 5 tahun lepas? Mungkin 10 tahun lepas? Hmm..

Haa lagi satu, kalau anda bingung atau tidak tahu macam mana nak tahu sama ada rokok itu seludup atau tidak. Anda boleh lihat di kotak rokok tersebut. Jika tiada amaran kesihatan, maka sah lah rokok itu merupakan rokok yang diseludup.

Sumber : Ohbulan!


Sunday, 3 July 2016

Sebab Kenapa Lelaki Lebih Suka Kahwin Dengan Wanita Chubby, Selain Dari Saiz 'Itu', Ini Alasan Mereka

 Kisah Aku dan Perempuan Gemuk, Mula-Mula Aku Kutuk Dia, Tapi Skarang...

Gambar sekadar hiasan

Rupa dan paras menjadi perkara pertama yang dilihat oleh kebiasaan orang ramai untuk dijadikan pasangan. Kedua barulah hati budi.

Tidak jauh juga sebernarnya dari sebuah kisah sebenar yang dikongsi oleh individu ini menerusi UPSI Confessions, yang mana pada mulanya juga mengutuk-ngutuk rupa paras serta gelagak seorang wanita gemuk yang dilihatnya.

Namun tidak lama, segalanya berubah setelah mula mengenali wanita itu. Maka, mari kita sama-sama baca kisah yang menarik ini.
ini kisah tentang aku dengan perempuan gemuk.. saja nak kongsi.. Perempuan memang takut sngat dengan kegemukkan. tapi berbeza dengan perempuan yang aku kenal ni. eh.. sebelum terlanjur jauh bercerita elok aku perkenalkan diri dulu.. aku seorang lelaki maskulin berkulit tak berapa gelap. hehe.. (orang cakap). Aku pada mulanya takdelah suka sngat pada perempuan gemuk ni.. tapi lepas satu kejadian menimpa aku.. baru aku tahu kelebihan perempuan gemuk ni.. kejadiannya macam ni...... suatu hari aku nak g print kerja aku dpan pt tu.. dia dah ada kat dalam tengah kelam kabut susun kertas.. aku tengok je dia tapi bukan sebab suka masa tu.. tapi sebab aku teruja tengok dia susun kertas sambil makan donatt.. masa tu tuhan je tahu dlam hati aku ni.. nak tergelak takut.. dlm hati aku cuma tak sabar2 nak jumpa kawan aku nak cerita hal ni.. ahaha Tapi comel.. sambil mngunyah je dia buat kerja.. sempoi je.. hahah... aku terus g kt pc.. buat kerja aku.. tapi mata tetap nak pandang dia.. nak cari bahan buat modal nak kutuk dia.. haha.. aku dah siap print seterusnya nak membayar lah.. dia masih lagi tak siap2.. banyak kertas dia print.. tesis mungkin.. aku berdiri sebelah dia nak bayar.. dia boleh buat bunyi "erh!!" terkejut aku.. aku tengok die.. die jeling aku.. rupanya aku pijak kaki die.. tak prasan.. ingatkan tetikus tadi.. montok sngat... haha .. lepas bayar aku pon trus blah laa...mintak maaf pon tak.. aku bukan takut pon cuma waspada... lpas lintas jalan aku cari fon aku takde... alamak.. punya lah risau hilang..... aku terus patah balik.. masa selisih dngan dia aku tak hiraukan dah yang aku fikir fon aku je.. tiba-tiba dia cakap ni ha!! fon aku pada dia.. huh! lega.. ingat hilang dah tadi.. aku ckp terima kasih.. dia ckp mintak maaf dulu baru terima kasih... kes tadi la ni... hermm sory... dia angguk je pastu dia nak blah.. aku pon ajak dia makan.. aku ckap nak belanja dia makan.. tanda terima kasih.. nmpak tak lelaki budiman kat situ... haha.. lagi pun tengok die makan donat tadi macam tak cukup je.. haha.. Tak nak !! senafas je dia tolak ajakan aku.. terkedu aku kat situ.. jujur la aku mmg prasan hensem dah masa tu.. lagi pon dia bukan cantik sngat cuma comel tu pun sebab aumm kan.. tapi dia tolak cmtu je.. sebagai lelaki tulen aku rasa tercabar bile kene macam tu.. aku jadi makin bersungguhlah.. aku try lagi.. aku cakap haaa aiskrim nak.. tnggu jap saya pergi beli.. 5 saat dia pandang je aku.. aku pandang dia.. dia kate simpan je duit tu buat kawin... dalam hati aku haishh budak gemuk ni pandai pulak cakap pasal kawin.. jodoh kau pon tah kat mana lagi.. tup2 dia dah blah... boleh tahan dia punya sombong.. dah berapa lama aku tak tahu.. tapi aku sekali lagi jumpa dia dekat bitara.. nmpak macam makin gemok.. aku pon lalu je depan dia.. aku buat macam tak ingat je.. tiba-tiba aku nampak kawan aku pergi kt dia.. ckp2 gelak2.. oouh.. kenal rupanya.. blk tu terus aku mintak no dia dkat kawan aku.. aku wsap dia.. dia bls macam nak taknak je.. jual mahal tu tak tahan betol.. lama2 wsap.. dia slalu buat aku nk tergelak.. dan lawak aku pon die gelak jugak.. jadi mcm rapat plak.. tapi lagsung tak jumpa.. cuma berwsap je.. sekali tu dia kata kat aku dia nak g libry nak buat kerja.. aku pon acah-acah ada kerja la.. nak mnyibuk je.. dia sampai dulu.. lpas tu aku duduk semeja dengan dia.. prangai macam mula-mula jumpa tu jugak cuma boleh buat berborak laa.. aku tengok penampilan dia elok je.. takde laa ketat.. gemuk klu pakai ketatkan nmpak macam nak pecah.. tapi ni tak... elok je.. blk tu aku terfikir kalau aku kawin dia.. mcm fikir.. hish... aku fikir anak2 aku nnti mesti seronok main nyorok2 sembunyi belakang mak dia je,, hehe ini gurau.. Sebenarnya perempuan gemuk ni comel.. pada aku bnyak keistimewaan yang ada pada perempuan gemuk berbanding yang lain. ‪#‎pandangan‬ sahaja. kepada perempuan2 diluar sana takyah lah takut nmpak gemuk sngat sampai nak selfie masuk muka je.. jangan lah malu dengan diri kite sendiri.. sampai sekarang aku sangat suka dan sayang pada perempuan gemuk.. jika jodoh kami kuat bulan 10 ni kami akan bekahwin.. klu admin izinkan nnti saya share gambar kawin kami berdua.
Kalau jodoh tak kemana. Tidak berkenaan pada mulanya pun boleh jadi suka sekiranya sudah dijodohkan begitu. Apa-apapun, SK harap hubungan mereka berdua sampai ke jinjang pelamin. — Siakapkeli.my