Monday, 25 July 2016

Kamera Pengasuh Rakam Teddy Bear Bergerak Sendiri dan Duduk Atas Budak Yang Tidur

Kamera ini memang tujuannya merakam sesuatu yang boleh mengejutkan kita.
Kanak-kanak memang suka kan anak patung atau pun teddy bear sebagai peneman. Biasalah kadang-kadang mereka anggap teddy bear ni kawan mereka. Borak dengan teddy bear ni, bergurau dan siap bagi nama lagi.

Bagi mereka yang ada pengasuh atau mat saleh panggil 'nanny' ibu bapa akan letakkan satu kamera di dalam bilik anak-anak mereka supaya mereka boleh memantau apa yang terjadi dan perkembangan anak mereka.

Bagaimanapun, satu video dari 'nanny camera' ni tunjukkan yang teddy bear bergerak sendiri dan duduk atas kanak-kanak ni !


Sidang Media Kecoh Selepas Muncul Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra Keruhkan Lagi Keadaan. Lihat Video

Abang Saya Tidak Bersalah Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra
Pelakon Adi Putra tampil dalam sidang media khas bagi menjelaskan isu perkahwinan keduanya pada 20 Jun lalu. Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Sidang media pelakon Adi Putra bagi menjelaskan perkahwinan keduanya dengan janda anak satu pada Isnin bertukar panas apabila muncul bekas adik ipar isteri pelakon itu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, 25, bangun bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.
Nur Farah dikerumuni wartawan bagi mendapat reaksi lanjut sejurus selesai sidang media.

"Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya," kata wanita itu.

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun memberikan jawapan kurang jelas terhadap tindakannya itu.

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.
Gambar perkahwinan Adi dengan isteri keduanya yang tersebar baru-baru ini.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja," katanya.

Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya meninggalkan majlis.

Dalam perkembangan sama, Adi pada sidang media berkenaan mengesahkan sudah berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu di kediaman keluarga isteri keduanya itu yang dikenali sebagai Nur Shahida.

Bagaimanapun Adi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut kerana ingin menjaga privasi kedua-dua isterinya selain ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Perkara yang tersebar itu benar. Saya bernikah dengan isteri kedua pada 20 Jun lalu dalam satu majlis yang diadakan di kediaman isteri kedua tetapi saya tidak dapat dedahkan butiran lanjut," katanya.
Nur Farah hadir kerana ingin memberi penjelasan mengenai tuduhan dilemparkan terhadap abangnya.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata, dia berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin melarikan diri sebaliknya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga terlebih dahulu sebelum tampil membuat penjelasan.

Malah katanya dia ada merancang untuk mendedahkan perkara itu kepada umum namun ia terlebih dahulu tersebar luas di media sosial.

"Saya tiada niat untuk merahsiakan kerana saya sedar status sebagai seorang selebriti, pergi ke mana pun orang tetap akan kenal.

"Cuma saya tidak sempat untuk kongsikan sendiri kerana ia telah tersebar namun saya tidak salahkan sesiapa," katanya.

Bercakap lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Adi berkata, ia bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat seperti diperkatakan sebalik dia menyifatkan ia sebagai anugerah.

Mengakui bukan mudah untuk berkahwin lebih daripada satu, Adi bagaimanapun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

"Orang boleh kata apa sahaja kerana saya tidak boleh halang tetapi perkahwinan ini bukan kerana perniagaan atau pun anak.

"Anak tidak pernah menjadi isu di antara saya dan isteri pertama (Aida) kerana ia bukan hak kami untuk menentukannya," ujarnya.
Adi tidak menafikan mengetahui status isteri keduanya ketika mula-mula mengenali wanita berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Adi tidak menafikan mengenali isterinya itu ketika wanita berkenaan masih berstatus isteri orang.Adi berkata dia sedar dengan tanggapan masyarakat melabelnya sebagai perampas namun menganggap ia hak masing-masing.

"Saya berkenalan dengannya sekitar tujuh atau lapan bulan lalu ketika dia masih berstatus isteri orang namun saya tidak ambil tahu apa masalah rumah tangga mereka.

"Tiada siapa yang ingin jadi seorang perampas dan jika itu label diberikan oleh masyarakat itu hak mereka.

"Saya tetap dengan pendirian sendiri bahawa perkahwinan ini sebagai satu anugerah," katanya.
Adi meminta pihak media tidak terus menemubual Nur Farah sebelum memintanya pulang.

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi telah tersebar pada Sabtu minggu lalu yang antara lain mengaitkan perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun, seorang janda anak satu.

Akhbar melaporkan mereka berkahwin pada Ramadan lalu iaitu 19 Jun lepas.

Adi bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan telefon ketika dihubungi namun tidak lama kemdian dia memuat naik sekeping gambar bersama isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, yang dipercayai dirakamkan di luar negara.

Rumah tangga Adi dan Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.


Sunday, 24 July 2016

'Pelajar Itu Yang Bermasalah, Tolong Forward Cerita Sebenar' - Md Sukhairi Osman


Foto Ehsan Google Image. Hanya Gambaran, Bukan Foto Sebenar Pelajar Yang Ditampar Tersebut

Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan.

Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir.
Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat.
Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain.

Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor.

Kenyataan mendakwa pelajar itu koman ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar. - Md Sukhairi Osman


Selena Gomez Tiba di KLIA, Beliau Mohon Maaf. Kemudian Diserbu Sekumpulan Remaja Lelaki Yang Menunggu Hampir 8 Jam

Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez, tiba di Kuala Lumpur pada malam Ahad, untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memaklumkan beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 semalam.


“Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau,” katanya.

Peminat juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berselfie dengan bekas kekasih Justin Bieber ini, namun kawalan daripada pengawal yang mengiringi penyanyi itu sangat ketat sekaligus tidak membenarkan peminat bergambar bersama Selena.

Menerusi laman Twitter kelab peminat @SelenaGomezMalaysia memaklumkan, penyanyi itu bersedia melayan peminat malah mahu berhenti berjalan untuk bergambar, malangnya pengawal tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

“Saya minta maaf, saya minta maaf, saya tak boleh”, kata Selena.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Hands to Myself” itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam ini.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta semalam.

Sumber : mD


Isteri Terkejut, Jumpa Zakar Palsu & Tompak Darah di Seluar Suami, Bongkar Status Sebenar Suaminya

Isteri TERKEJUT, Jumpa Zakar Palsu & Tompak Darah Di Seluar Suami, Bongkar Siapa SEBENAR Suaminya

Subhanallah ! Lepas setahun kahwin baru tahu ? Yang peliknya sebelum 'BUAT' tu, tak akan tak tahu ???


Astaghfirullah. Lelaki Ini Sangkakan Dia Menembak Monyet, Rupanya Yang di Tembak Adalah....Lihat Foto ke 2..

Sumber ::http://takbacarugi.blogspot.my/.,.,.,


Kisah Benar! Roh Suami Pulang ke Rumah Tiap Malam Melakukan Hubungan Kelamin Dengan Isteri

ARWAH suami pulang ratah isteri setiap malam selama setahun “layanan “ARWAH” yang memuaskan dan amat luar biasa buat saya tertunggu-tunggu setiap malam”