Sunday 24 July 2016

Filled Under:

Selena Gomez Tiba di KLIA, Beliau Mohon Maaf. Kemudian Diserbu Sekumpulan Remaja Lelaki Yang Menunggu Hampir 8 Jam

Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez, tiba di Kuala Lumpur pada malam Ahad, untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memaklumkan beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 semalam.


“Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau,” katanya.

Peminat juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berselfie dengan bekas kekasih Justin Bieber ini, namun kawalan daripada pengawal yang mengiringi penyanyi itu sangat ketat sekaligus tidak membenarkan peminat bergambar bersama Selena.

Menerusi laman Twitter kelab peminat @SelenaGomezMalaysia memaklumkan, penyanyi itu bersedia melayan peminat malah mahu berhenti berjalan untuk bergambar, malangnya pengawal tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

“Saya minta maaf, saya minta maaf, saya tak boleh”, kata Selena.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Hands to Myself” itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam ini.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta semalam.

Sumber : mD




0 comments:

Post a Comment