Wednesday 27 July 2016

Filled Under:

INNALILLAH...PEMBACA BERITA TV9 DIJUMPAI MATI DIBUNUH DENGAM KEJAM DIRUMAHNYA

Sabtu lalu (28 Julai 2012) kira-kira jam 10:50 malam saya menerima panggilan telefon yang mengejutkan.

Panggilan daripada Rusliza, Eksekutif Pentadbiran Kanan pejabat saya diterima ketika saya berkumpul dengan adik-beradik di kampung.

Menurutnya Nur Syaleza Jaffar, (Eksekutif Pentadbiran) meninggal dunia. Namun laporannya tidak jelas mengenai kematian Syaleza. Penyampai berita, Aminhayat yang menjadi jiran Syaleza ketika saya hubungi selepas itu juga tidak jelas sebab kematian itu.

Pelbagai spekulasi terus bermain di kepala saya selepas pelbagai matlumat yang diterima melalui SMS , FB dan BBM.

Stringer kami, Roslan (Kuala Lumpur) dan Hazrey (Johor) masing-masing bersungguh-sungguh membantu menyalurkan matlumat terkini kepada saya.

Ketika itu rasa hati mahu sahaja pergi ke rumah Allahyarham dan Hospital Sungai Buloh di mana jenazahnya di tempatkan. Namun saya masih berada di kampung menghadiri perjumpaan keluarga dengan adik-beradik dan tahlil arwah emak, yang diadakan setiap tiga bulan.

Roslan Salleh paling awal menghantarkan saya foto termasuk keadaan bilik Allahyarham selepas kematiannya, melalui BBM.

Melihat kepada foto bilik itu, saya mengsyaki kematian Allahyarham bukan sebagaimana yang mula-mula dimaklumkan oleh suaminya. Saya percaya ada unsur lain yang menyebabkan kematiannya.
Postmortem jenazah yang sepatutnya jam 8:00 pagi akhirnya dapat dilakukan bermula kira-kira jam 12 tengah hari, selepas doktor tiba jam sekitar jam 11:30 pagi.

Saya dimaklumkan kerana polis menyesyaki ada unsur lain yang menyebabkan kematiannya, pakar foreksik kanan dipanggil untuk membuat bedah siasat.

Kira-kira jam 2 petang jenazah siap dibedah siasat. Jam 3 petang jenazah di bawa ke kampungnya Segamat, Johor. Dan di atas bantuan rakan-rakan stringer, polis mengiringi kereta jenazah dari tol Sungai Buloh ke tol Sungai Besi serta dari tol Segamat ke rumah Allahyarham.

Ketika saya sedang memandu kereta balik ke Kuala Lumpur, saya menerima panggilan daripada stringer Zulkifli Che Sab yang mengatakan hasil bedah siasat, kematian Allahyarham disebabkan dibunuh.

Tidak semena-mena air mata saya mengalir dan saya tidak dapat meneruskan perbualan di telefon. Isteri saya menenangkan saya sepanjang perjalanan.

Nur Syaleza adalah seorang pekerja yang berdidikasi. Allahyarham adalah satu-satunya kakitangan pentadbiran yang bersama-sama dengan saya ketika Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV9 mula diwujudkan.

Rajin dan tidak banyak karenah. Walaupun mengambil masa untuk dilantik ke jawatan tetap, Allahyarham tidak banyak bersunggut. Allahyarham percaya saya sudah melakukan yang terbaik untuk mencadangkannya ke jawatan tetap. Namun masih belum ada rezeki.

Selepas beberapa kali namanya dicadangakan, akhirnya Allahyarham dilantik ke jawatan tetap.
Dan dua hari sebelum kematiannya, Allahyarham menerima surat kenaikan gred.

Saya masih terbayang kegembiraannya menerima surat itu dan mengucapkan terima kasih kepada saya. Pada hari itu juga secara kebetulan Allahyarham berkongsi dengan Rusliza untuk menaja berbuka puasa untuk kakitangan Jabatan Berita TV9.

Namun saya secara bergurau mahu Syaleza menaja satu lagi buka puasa. Dia yang tahu maksud saya itu tersenyum dan berjanji akan melakukannya.

Kini kami kehilangan seorang sahabat dan warga kerja yang berdedikasi.
Selepas ini tiada lagi langkah seorang yang bernama Nur Syaleza Jaffar untuk menghantar fail ke meja saya.

Semuga rohmu ditempatkan di kalangan para syuhadah dan solehah.
AL-FATIHAH.
Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang Isnin. Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. -BERNAMA
SUNGAI BULOH Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut, katanya ketika ditemui semalam.




0 comments:

Post a Comment