Friday 1 July 2016

Filled Under:

Ford Mustang Ini Milik Safiey Ilias. Sejak Berhijrah, Apa Yang Ada Dalam Keretanya Ini Benar-Benar Buat Kami Teruja Dan Terharu

NAMA Safiey Ilias sudah tidak asing lagi di media sosial setelah kisah penghijrahannya daripada seorang mak nyah yang kembali kepada fitrah mendapat liputan media massa.

Kisah Safiey turut mendapat perhatian kerana pada usia yang masih muda dia sudah pun mengecap kejayaan luar biasa bergelar jutawan.

Ternyata penghijrahan tidak menghalang Safiey untuk tetap menikmati rezeki hasil kerja kerasnya.

Terbaharu, dia tampil dengan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning, menggunakan nombor pendaftaran DM501.
Safiey atau nama sebenarnya Safiudin memuat naik gambar kereta berkenaan di Facebook.

“Kawan bagi pinjam sehari. Kawan kata pembakar semangat bagi saya yang tengahdown. Fuhh kena keluar 40 hari ni,” tulisnya bersama gambar tersebut.

Bagaimanapun, helah Safiey cuba menidakkan kereta itu miliknya tidak menjadi apabila komen-komen yang terdapat pada gambar berkenaan memberitahu sebaliknya.

Pada mulanya Safiey tidak mengaku bahawa kereta itu kepunyaan dirinya meskipun pada masa sama memberi komen ‘haah kuning macam Perlaking kan’.

Bagaimanapun temberangnya terbongkar apabila seorang individu bernama Nur Hazwani Adea mendedahkan bahawa kereta itu sebenarnya memang kepunyaan Safiey.
Tidak dapat berselindung lagi, Safiey mengiakan komen-komen daripada netizen tersebut. Rata-rata yang melihat berasa kagum dengan pencapaian yang dimiliki Safiey.

Walau bagaimanapun, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi Safiey memandangkan sebelum ini pun dia sudah mempunyai beberapa buah kereta mewah seperti Hummer dan Mini Cooper. – MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment