Malam ke-7 Syawal, terasa sayunya hati saya. Tadi suami marah-marah, bising kata badan saya semakin naik. Gendut sangat katanya. Tersentuh sangat hati saya dengan kata-katanya itu.
Ya, memang tidak dinafikan yang fizikal saya semakin besar. Suami pula kurus, handsome juga. Kalau setakat di WeChat dia, saya selalu tengok ramai juga perempuan yang 'hai' pada dia.
Lima hari ini, saya perasan yang dia tidur membelakangi saya. Bila disuruh peluk, cium, dia macam tak nak. Tak seperti kebiasaannya, tak payah suruh pun dia buat. Memang dah menjadi rutin kami suami isteri.
Tetapi entahlaj, mungkin ada orang yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu dengan fizikal saya atau mungkin dia ada mengenali perempuan dalam WeChat yang bentuk badannya jauh lebih cantik. Sebab itu dia push saya.
Sedih sangat bila malam tadi dia kata dia bagi saya masa sehingga hujung tahun ini saja untuk kuruskan badan. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari yang lain.
Tergamak hati dia, sedangkan saya menerima kekurangannya. 9 tahun menyemai kasih, bercinta bagai nak rak. Memang tidak dinafikan sejak bersalin badan saya terus naik.
Kini saya nekad untuk berdiet. Saya tidak mahu dihina sebegini rupa lagi. Sedih, saya cuma pandang anak sahaja. Entahlah, tak tahu nak cakap macam mana.
Saya boleh terima kalau dia menegur dan menasihati saya dengan cara yang elok. Ini tidak, terus melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati dan saya tidak sanggup mendengarnya.
Tetapi saya cuma cakap, padanlah sejak akhir-akhir ini marah-marah saja. Rupa-rupanya tak puas hati dengan badan saya.
"Memang ye pun. Makin lama makin gendut!" katanya.
Dia tak tahu, gemuk saya inilah yang dia akan rindui satu hari nanti. - KRT | PIXEL MEDIA
Friday, 15 July 2016
Filled Under:
Viral
'Kalau Tak Kurus Hujung Tahun Ni, Aku Cari Perempuan Lain!' Lihat Respon Dari Gadis Ini Buatkan Laki Tersebut Menyesal!
Posted By:
Unknown
on 10:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment